Selepas 6 tahun...
Alhamdulillah, sudah lebih 6 tahun blog ini tidak digarap. Akhirnya aku dapat kekuatan baru untuk 'mengpost' cerita terbaru. Apa yang terbaru? Terbaru, cerita sensasi yang dimain semula akhirnya tamat. Kecuali pengarahnya ingin membuat sequal yang ke3. Rasanya kalau terlalu banyak sequal, penonton tidak lagi berminat kerana jalan ceritanya hampir sama. Pelakon utama yang sama, cuma pelakon pembantu yang bertukar.
Teringat aku siri Combat yang popular disekitar 70an dan 80an. Aku tak pernah miss siri ni. Aku kagum dengan kehebatan tentera Amerika menentang tentera Nazi yang sering kali tewas. Ketika intro, senarai pelakon akan tunjukkan dan diakhiri dengan pelakon pembantu. Nama nama seperti Sgt Saunders (Vic Morrow), Littlejohn dan Kirby bermain dibibir kami ketika bermain perang. Kirby adalah watak yang aku paling minat, sebab dia menggunakan MG30. Setiap kali aku tengok senarai pelakon yang ditunjukkan, pasti ada co-starring (pelakon tambahan). Dan pelakon tambahan ini seringnya akan mati didalam episod tersebut.
Pelakon pembantu/tambahan selalunya akan dimatikan kerana mereka ini biasanya pelakon baru. Pelakon yang terkenal tidak akan dimatikan wataknya kerana mereka ini adalah core kepada siri tersebut. Samalah dengan drama yang berakhir semalam, pelakon utama pasti akan dikekalkan namun pelakon pembantu akan dimatikan wataknya dan dilupakan. Aku ibaratkan mereka ini sebagai 'pelacur'. Setelah 'dipakai', diberi bayaran dan ditinggalkan kerana 'khidmatnya' sudah tidak diperlukan lagi.
Begitu rendah martabat orang melayu yang mudah dijual beli dan diperbodohkan. Yang paling menyedihkan mereka ini diperalatkan oleh orang Melayu sendiri. Sejak dari zaman sebelum penjajah sehingga kini, Melayu telah dididik untuk tidak menentang hanya menurut perintah sahaja. Pemikiran Melayu diprogram sejak dari kecil untuk tujuan tersebut.
Sampai bila kita harus begini. Aku lihat sahabat aku diTerengganu yang diperbodohkan dengan duit agar mereka bergantung harap kepada mereka yang memberi duit. Duit dijadikan Tuhan kepada mereka. Sehingga ada yang takut semata mata untuk duit sebesar Rm50. Duit sebanyak itu sekarang tidak bermakna lagi. Adakah nilai maruah kita semurah itu?
Labels: Selepas 6 Tahun