Thursday, October 20, 2005

Keberkatan Ramadhan 1

setelah berbulan bulan bertarung dengan kanser payu dara akhirnya datin seri endon telah dipanggil oleh ALlah untuk kembali kepadaNya. aku gembira didalam sedih kerana pemergiannya adalah didalam bulan yang penuh berkat. semoga ALlah mengrahmati rohnya.

kepada perdana menteri, tiada yang kekal selain dari ALlah. bersabarlah menghadapi dugaan.

Tuesday, October 18, 2005

Nak Makan?

dalam bulan puasa ni kalau cerita bab makan, memang tak akan habis. 3 hari 3 malam pun boleh cerita pasal makan. satu hikmah dalam bulan puasa ni ialah, semua makanan nampak sedap! walhal kalau ada orang jual batu bata goreng pun ada orang beli! (dipinjam dari Dato Ustaz Ismail Kamus).

hari ni aku nak cerita berkenaan makanan untuk berbuka puasa. masuk tahun ni alhamdulillah aku dah berpuasa untuk kali yang ke 20 lebih kurang. saban tahun aku rasa tak ada perbezaan 10 tahun dulu dengan sekarang. dulu juadah berbuka puasa pasti ada kuih muih, ayam percik dan murtabak. sekarang pun sama, yang berbezanya adalah harga. kalau dulu kuih hanya berharga 15-20sen sebiji, malah ada yang jual 10sen tapi sekarang 3 biji RM1. ada juga yang jual 50sen sebiji! kalau dulu mungkin penjual berniat untuk mengambil sedikit untung dan selebihnya keberkatan. tapi peniaga sekarang 100% mahu mengambil untung! tapi nak salahkan sepenuhnya kepada peniaga adalah tidak adil, kerana kos pembuatan semakin meningkat. jadi untuk mengekalkan harga 3 RM1 peniaga terpaksa mengecilkan saiz kuih agar padan dengan harga. itulah sebabnya popia sekarang lebih kepada popia taugeh daripada popia berinti ikan. kalau dulu dulu makan 3 ketul popia sudah mencukupi, tapi sekarang 3 ketul cukup untuk kita menyumpah seranah penjual sepanjang malam.

minggu lepas aku terpaksa ke Gua Musang untuk melawat projek, oleh kerana bulan puasa aku mengajak isteri aku untuk menemani. bukan apa, maklumlah bila terlalu lama memandu mata cepat mengantuk. kalau ada teman boleh diajak bersembang (malangnya teman sembang aku yg lebih tidur!). cadangan kami setelah selesai tugasan, kami terus ke Cameron Highland untuk bermalam disitu. bertolak dari Kelumpo jam 10pagi dan tiba diGua Musang lebih kurang pukul 1.30ptg. selesai tugasan lebih kurang jam 3ptg kami terus keCameron. tapi sebelum tu kami singgah dipasar ramadhan pekan gua musang.

dipasar ramadhan ini kami membeli bermacam juadah, bukan kerana nampak sedap tetapi harganya adalah sangat murah berbanding dengan Kelumpo. contohnya, tepung pelita (kuih yg diperbuat dari santan dan gula dan dipetakkan dengan daun pisang) dijual dengan harga RM2 untuk 10ketul! betul 10biji/ketul! dan rasanya adalah sama seperti yang aku rasa 20 tahun yang dulu. tidak seperti yang dijual diKelumpo. kalau kami mengikut nafsu kami, pasti banyak lagi yang dibeli. tapi mujurlah masih ada kewarasan untuk membeli mengikut kemampuan perut. sempat juga aku membisik kepada isteri aku, jika aku tinggal digua musang pastinya berat badan aku naik berkali ganda!

sejak kebelakangan ini, kami sekeluarga agak jarang berbuka dengan kuih muih atau hidangan yang biasa - laksa, rojak dsb. kami hanya berbuka dengan kurma dan nasi. berbuka dengan nasi amat berbeza dengan juadah yang berbagai2. kerana dengan nasi, kita dapat mengawal perbelanjaan. sebab aku pernah mengalaminya, jika kita mula untuk berbelanja dengan banyak diawal ramadhan, pasti kita akan berbelanja sehingga penghujung ramadhan. jadi aku pun mula mendisplinkan diri agar tidak membeli kuih muih, hanya menumpukan kepada lauk pauk itupun jika kami tidak berkesempatan untuk masak sendiri.

bagi aku bulan ramadhan ini adalah satu bulan latihan bagi kita untuk berwaspada ketika berbelanja. bulan ramadhan ini menjadi satu 'gauge' atau model untuk perbelanjaan sepanjang tahun. jika kita boros dibulan ramadhan, pasti perbelanjaan kita sepanjang tahun juga akan boros. satu petua untuk mereka yang merasakan agak sukar untuk mengawal perbelanjaan ketika dipasar ramadhan:
1. pelan apa yang hendak dibeli - kuih RM1, nasi RM4. kuih jgn lebih dari 3 ketul.
2. bawa duit hanya cukup cukup untuk juadah yang hendak dibeli, contohnya RM5
3. tidak perlu membeli air, sediakan air dirumah
cubalah!

Wednesday, October 05, 2005

Bulan Puasa

selepas 11 bulan tak berpuasa, akhirnya kita berpuasa semula. banyak perkara yang berlaku dan akan berlaku ketika bulan puasa ni. bulan puasa ni adalah bulan yang paling istimewa! sebab didalam bulan ini sahajalah kita akan ternanti nanti azan waktu maghrib dan didalam bulan ini juga kita akan hafal jam berapa masuk waktu maghrib. disamping itu hanya dibulan ini, kita akan dapat melihat berbagai bagai juadah dijual. ada juadah yang tak pernah kita kenal dan rasa, ada yang kita kenal tapi rasa tak sama, macam macam lagi. kita juga dapat lihat betapa buasnya nafsu membeli makanan seolah olah untuk dimakan oleh 10 orang, walhal perutnya 1. terbazirlah yang selebihnya.
satu keistimewaan bulan puasa ini ialah kita mampu melakukan apa yang kita tidak mampu buat sebelum ini. contohnya, sembahyang terawih - walaupun sebelum ini agak liat untuk kesurau bersembahyang jemaah. bersahur - mungkin sekali seumur hidup kita bangun untuk bertahajud, tapi tak pernah sekali 'miss' sahur. mata - walaupun sebelum ini segala peluang melihat lurah atau skirt pendek tidak disia siakan, tapi tidak dibulan ini.
bagi aku bulan puasa ni adalah satu bulan pertukaran atau 'transition' atau hijrah (nanti 'confuse' pulak dengan tahun hijrah). dimana didalam bulan ini kita melakukan perukaran/berubah, proses perubahan yang mengambil masa 30 hari. berubah dari yang malas solat kepada rajin solat, berjimat ketika berbelanja, sering berpuasa sunat. berubah kepada pakaian yang menutup aurat, menjaga peradaban. mungkin bulan puasa yang lepas proses perubahan itu tidak berterusan kebulan bulan seterusnya, mari kita berazam bahawa tahun ini kita akan berubah untuk selama lamanya. bulan puasa ini akan menjadi titik tolak perubahan bagi diri kita dan sentiasa mempertingkatkan lagi kualiti dari masa ke semasa. InsyaALlah.
untuk menjadi melayu yang maju dan berdaya saing, kita perlu berani melakukan perubahan. jangan kita masih lagi dengan perangai mengikut orang tanpa usul periksa. perubahan harus dilakukan untuk kebaikan. untuk memajukan bangsa, kita perlu majukan diri kita sendiri terlebih dahulu. mulakan dengan bulan ramadhan ini untuk lakukan perubahan. mari kita keluar dari tempurung ini dan teroka alam baru!

Tuesday, October 04, 2005

Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak

Alhamdulillah, bertemu kembali dengan bulan yang penuh barakah dan nikmat. Bulan yang akan dihiasi dengan ibadah. Bulan yang dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda. Bulan yang didalamnya terdapat suatu malam istimewa untuk mereka yang bertuah.

Aku ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan. Selamat beribadah. Kuatkan tekad untuk menjadikan bulan dan seterusnya lebih baik daripada tahun lepas. Mungkin tahun lepas kita hanya berpuasa dan bertarawikh, tahun ini kita tambah lagi ibadah dengan membaca Quran, berzikir, solat tahajjud dan menghadiri majlis2 ilmu serta ceramah. Kepada yang payah nak puasa, mulai tahun ini berazam untuk terus menerus beribadat.

Beringat semasa membeli juadah berbuka, puasa hanya 12 jam sehari bukan 12 hari. Berjimatlah!

Wassalam.