Friday, September 30, 2005

Berleter

Berleter

Salah satu skil yang ada dalam diri orang melayu. Macam aku jugak, blog ini aku hidupkan untuk aku berleter. Bagi aku lebih baik aku berleter dialam siber daripada aku berleter didepan orang. Sebab selalunya orang tidak akan ambil peduli dengan apa yang dileterkan, walaupun ia memberi kesedaran atau kemajuan kepada anak bangsa.

Apa beza berleter dengan bersyarah? Sikit lebih kurang sama, yang bezanya syarahan pada kebiasaannya lebih ilmiah daripada leteran. Masa aku kecil mak aku selalu berleter, itu tak kena ini tak kena. Ada masanya aku naik bosan mendengar leteran. Semua yang aku buat tak betul. Tiba satu peringkat dimana aku masuk alam remaja, mak aku berhenti berleter tapi bertukar kepada nasihat. Barulah aku faham apa maksud leteran mak aku semasa aku kecil.

Baru baru ini, ahli parlimen kita berleter didewan rakyat berkenaan dengan AP. Dah beberapa bulan bercerita tentang AP, sehingga seorang pegawai kerajaan ditukarkan kekementerian lain diatas ‘kesalahan’ menyiarkan nama nama ahli parlimen yang memperolehi AP. Yang peliknya, orang yang sepatutnya dileter tak ada didewan tersebut. Beliau berada diluar negara.

Orang melayu pun mnegambil ‘que’ dari leteran ahli parlimen dengan membuka persidangan dikedai kedai kopi. Berleterlah mereka 3-4 jam tentang AP.

Bagi aku tak ada gunanya kita berleter tentang perkara yang tidak melibatkan keseluruhan kepentingan orang melayu dan orang Islam. Lebih baik kita habiskan masa untuk memikrkan dan berleter tentang perkara yang lebih penting, contohnya kedudukan ekonomi orang melayu/islam, keaslian makanan halal, tahap pelajaran orang melayu/islam, dan banyak lagi isu isu. Isu AP ini hanya melibatkan segelintir orang saja, contohnya pegawai kerajaan yang terlibat (MITI, Kastam dsb), ahli ahli parlimen, menteri menteri. Kita sebagai rakyat biasa jangan nak mimpilah untuk memperolehi AP, kalau dapat pun pastinya dijual kepada bukan melayu untuk keuntungan segera.

Letih juga aku menaip leteran aku. Bertemu lagi dengan leteran leteran terbaru.

Monday, September 26, 2005

Hutang

kasihan kerajaan kerana terpaksa membayar berbilion ringgit kepada pemegang2 konsesi lebuhraya. bertambah kasihan apabila duit yang kerajaan guna adalah dari duit pembayar cukai seperti aku.

sejak PLUS dilahirkan banyak lagi lebuhraya selepasnya diwujudkan atau selepas penaiktarafan jalan persekutuan. konsepnya tetap sama, pihak syarikat membina lebuhraya secara percuma (percuma kepada kerajaan tidak kepada pengguna) dan diberikan hak untuk mengutip tol. dari sudut kewangan ia sangat menguntungkan kerana kerajaan tidak perlu mengeluarkan wang untuk membangunkan prasarana untuk rakyat. tetapi disub conkan kepada syarikat2 yang secara 'kebetulan' mempunyai hubungan dengan beberapa pemimpin atasan.

bertahun2 kerajaan mempertahankan syarikat2 ini. yang terbaru, menteri tua samy vellu mendedahkan yang kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk mempertahan kenaikan tol. dulu aku ikut saja apa yang menteri cakap, tapi selalu sangat kena tipu aku dah tak boleh terima. malangnya bangsa aku iaitu bangsa melayu sangat malu untuk bertanya. oleh kerana bangsa aku malu, biarlah aku mewakili bangsa yang pemalu ini untuk bertanya kepada kerajaan.

soalan 1 : kenapa pertahankan (defend orang putih kata) syarikat konsesi ni? apa kelebihan syarikat ini berbanding dengan rakyat?
soalan 2 : kerajaan membelanjakan berbilion ringgit, itu duit siapa? kerajaan dapat duit dari mana kalau tidak dari kami yang membayar cukai.
soalan 3 : kenapa kerajaan takut sangat dengan syarikat2 ni? mereka bayar gaji pegawai kerajaan ke?
soalan 4 : kenapa buat perjanjian yang berat sebelah?
soalan 5 : siapa yang lebih berkuasa kerajaan atau syarikat konsesi? kenapa tidak dibatalkan saja perjanjian asal? kerajaan boleh menarik balik royalti minyak sebuah negeri kenapa tidak tarik balik perjanjian dengan syarikat konsesi?

aku rasa 5 soalan ni dah cukup untuk pihak didalam kerajaan untuk menjawab. Pembangkang! oh tidak, ini soalan seorang marhain yang tidak lagi tahan dengan penindasan. jangan terlalu mudah melabel.
Tumpang tanya!

ada satu masalah yang teruk melanda orang melayu ialah malu bertanya. orang melayu ni memang bangsa yang pemalu. masa kena jajah dulu mereka malu nak lawan, mujurlah ada beberapa orang yang tak berapa malu menentang penjajahan. sifat malu ni memang ada kebaikan dan juga keburukan.

masa aku belajar, disekolah malah universiti. perkara yang jarang aku buat ialah bertanya. aku sendiri pun tak tahu kenapa, mungkin aku malu nak berdiri dihadapan orang ramai, atau aku takut dimalukan malu kerana soalan aku termasuk dalam kumpulan soalan2 bodoh. pelik, kalau tak tahu kenapa tak bertanya?

aku teringat kisah Nabi Ibrahim ketika kecil sering bertanya kepada ibubapanya. kenapa itu kenapa ini. memang lumrah kanak2 bila sampai suatu peringkat umur akan banyak bertanya. tapi apabila umur meningkat sifat ini berkurangan.

malangnya sifat malu bertanya bertukar apabila ia melibatkan persoalan agama. contohnya, bila beberapa gadis ditahan kerana terlibat dengan pertandingan ratu cantik, berebut2 orang bertanya kenapa? tak boleh ke? kenapa kena tangkap? salah ke masuk pertandingan ratu cantik? ada juga yang bertanya kenapa arak tu haram? berjudi haram juga ke?

tapi jarang aku dengar orang melayu bertanya, kenapa kena bersanding? kenapa potong rambut budak tu sikit je? (semasa adat memotong jambul) kenapa kena ada tepak sirih? kenapa kena merisik dan bertunang?

isu yang aku nak cerita ialah, orang melayu petah bertanya jika ia melibatkan hal2 agama terutama bila sesuatu hukum atau ibadat dirasakan menyusahkan dirinya. tapi orang melayu jarang nak bertanya tentang adat yang tak berfaedah, tentang pembangunan bangsa dan lain2. orang menghabiskan masa bertanya perkara yang nyata tertulis didalam Quran tetapi bisu dengan adat membazir.

akhir sekali orang melayu cukup malu untuk bertanya wakil rakyat tentang janji pilhanraya dulu.

Monday, September 19, 2005

Kemalangan Maut!

hari ni aku terbace didepan paper The Sun "Deadly Crash", 7 orang meninggal dunia termasuk 3 polis. kemalangan ada suatu perkara yg tak dapt dielakkan pada masa ia berlaku. itu sebab org putih panggil 'accident', maknanya tidak disengajakan.

tapi kemalangan dapat dibendung dgn cara pendidikan dan penguatkuasaan. malangnya cara penguatkuasaan tidak brp efektif, sbb masih byk lg kemalangan maut berlaku. aku rasa cara yg paling baik ialah pendidikan yg berpandukan Islam. aku ingin cadangkan kepada mufti dan majlis fatwa, mengfatwakan kemalangan maut atas kesilapan sendiri adalah sebagai 'bunuh diri'. sebab kebanyakan kemalangan berlaku adalah disebabkan kebodohan pemandu itu sendiri. contohnya memandu dengan laju dan secara melulu. macam kes semalam, saksi mengatakan kerete tersebut dipandu laju dan terbabas kepembahagi jalan. ya la, kalau tak laju takkan sampai terkeluar dari pembahagi jalan. macam jugak org nak bunuh diri dgn meminum racun, dia tahu racun tu membunuh tp mmg dia berniat utk mati jd dia telan jugak. utk kenderaan, semua orang tahu kelajuan membawa maut - 'speed kills' tapi bawak laju jugak tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan penumpang. ada seorang kawan aku yg pernah terlibat didlm kemalangan maut dimana penunggang motosikal yg dilanggar maut. dia berkata ketika berlaku kemalangan, dia tergamam dan tidak dpt berbuat apa2 malah mengucap. bayangkan kalau kita terlibat dlm kemalangan maut dan kita yg menemui ajal, adakah sempat kita mengucap dua kalimah syahadah?

mungking juga ada kemalangan adalah disebabkan kerosakan pd kenderaan. tp kalau kita tidak periksa kereta atau membuat penyenggaraan siapa yg nk disalahkan jika bukan diri sendiri. ramai dikalangan pemandu hanya tahu memandu tp bodoh dlm menjaga kenderaan sendiri. kedekut duit utk menyenggara kereta tapi tidak utk gincu dan lain2.statistik menunjukkan menaiki kapalterbang jauh lebih selamat dari menaiki kenderaan darat. sebab kapalterbang disenggara dgn baik, tp kebanyakan kenderaan darat gagal disenggara dgn baik.

aku selalu outstation, berbagai kerenah pemandu aku dpt lihat. yg paling menakutkan adalah pemandu bas ekspres. mereka ni memandu seolah2 hanya mereka seorang sahaja berada didlm bas. mereka tk pernah memikirkan ttg 44 penumpang yg juga berada dlm bas. memandu laju, memotong sesuka hati. malangnya tak pernah aku nampak bas ekspres ditahan kerana memandu laju. nombor telefon aduan pun dh tak boleh pakai. ada satu lagi perkara pelik, kalau kau perasan, lampu brek utk lori jauh lebih kecil dari lampu brek kancil. sepatutnya lagi besar kenderaan tersebut lg besar lah lampu brek.

disini aku nak mintak kepada pemandu2 kenderaan tolong memandu dgn cermat dan berhati2, fikirkan ttg apa yg akan berlaku jika kita cuai. penunggang motosikal tolong kenakan pakaian yg sesuai ketika menunggang, tidak memakai selipar, tak bertopi keledar, berseluar pendek. utk pengetahuan anda penunggang motosikal, jika anda dilanggar anda yg teruk dan jika anda melanggar anda juga teruk.

musim perayaan bakal tiba, fikirkan ttg org yg tersayang dan org yg menyayangi kita.

sila lawat http://www.panducermat.org.my

Thursday, September 15, 2005

PUKAU!

pukau mmg satu ilmu hitam yg hebat. kalau terkena, pasti menyebabkan kita tak sedar apa yg berlaku. pendatang indonesia dikatakan mahir dlm kegiatan ni. ada yg kena pukau dgn menyentuh batu permata, ada dgn tiba2. terbaru seorang bomoh dikedah cuba dipukau dgn tujuan mencuri, sibomoh ni tersedar lalu menembak pencuri tersebut. terselamatlah diri dan harta benda.

hari ini aku nak cerita satu kegiatan pukau yg paling hebat. biasanya pukau melibatkan seorang mangsa atau serumah. tapi pukau yg aku nk cerita ni melibatkan beratus ribu malah berjuta mangsa! hebat ilmu ni.

ilmu pukau tersebut ialah ilmu pukau media. ilmu pukau media ni dilakukan dengan bertujuan utk mengalih pandangan org ramai dari sesuatu isu yg panas. contohnya isu AP dulu, dengan kehebatan pukau media kita dah tak ingat apa yg berlaku pd isu tersebut. sama juga dgn isu ayah pin, dgn tiba2 keluar isu ayah pin. kajian demi kajian dibuat, rupanya dah berjalan lebih 20 tahun dulu. kenapa tiba2 disiarkan isu tersebut, sebab dlm masa yg sama masjid dan rumah2 dirobohkan dikijal terengganu. utk mengalih perhatian kita, media memainkan cerita ayah pin. tapi apa jd dengan cerita ayah pin sekarang? katanya melarikan diri, setahu aku polis kita cekap. sebelum ini mat komando apa komando entah aku dah lupa, dapat dikepung dan dibunuh. itu bekas komando, ni org tua tak sedar diri ni tak dpt ditangkap! pelik? tak! sebab cerita ayah pin sebenarnya adalah pukau media.

sejak dulu lg kita sering dipukau oleh media, terutama bila terdapat isu2 panas berkenaan penyelewengan dan sebagainya. sebagai contoh bila berlaku kenaikan minyak atau tol, cerita berkenaan kenaikan ni aku dimainkan utk 1-2hari kemudian dibesarkan kisah yg lain, misalnya siti nurhaliza bercinta dgn datuk k. cerita2 yg tak penting! tapi bg org melayu ia cukup penting, sbb tabiat org melayu suka menyibuk dgn perihal org lain. nak tahu gosip terbaru utk digunakan semasa perjumpaan kelab mengumpat.

org melayu malas nak memikirkan tentang sesuatu isu, bg mereka ia tk melibatkan dirinya. betul, kenapa nak ambil kisah kalau tidak melibatkan kita. kita sering dipukau dgn perbandingan harga minyak dgn negara jiran, pak kasim kat kampung pun kata betul jugak harga kita murah lg. pak kasim, org mesia tk pergi ke thailand atau indonesia utk beli minyak. peduli apa harga kita tak semahal mereka. masalahnya harga minyak kita naik dari tahap sangat mampu ke tahap yg hampir tk mampu. kalau kita dok isi rm10 dari dulu sampai sekrg, mmg la tak terasa. tp cuba tgk brp isi dalam tangki!

kalau kau cakap aku tipu, kau tengok hujung tahun ini bila tol nak naik. pasti tak ada cerita berkenaan kenaikan, tapi tahun depan tol tetap naik. kalau ada pun cerita cuma lah sekejap je. dan media pun terus memainkan peranan memukau pembaca dengan isu2 yg tak berapa penting tp dipentingkan utk tujuan pukau. tapi isu tersebut pun akan dipadamkan dgn isu yg lain. itu la sebabnya negara kita ni tak maju (kecuali selangor!) sbb kita dipukau dgn isu, tp tiada penyelesaian hanya ditutup dgn isu yg lain. kerja kita sebagai rakyat adalah utk membincangkan isu tersebut dikedai2 kopi atau surau.

Tuesday, September 13, 2005

Hujan Emas, Hujan Batu (Bahagian 2)

Terbaca aku satu artikel di Malaysia today berkenaan Petronas yg kehilangan pekerja mahir. Mereka ni berhijrah keQatar katanya. Kenapa? Gaji disana jauh lebih banyak dari apa yg mereka dapat dari Petronas, lebih 3x ganda. Disini petronas bayar RM sana mereka dibayar dlm pound. Kalau disini RM5000 disana 7000 pound (hampir RM50k!!) tanpa cukai, rumah percuma.

Bertuah badan dapat peluang macam tu.

Sunday, September 11, 2005

JANJI KU, JANJI MU

bila berjanji kita harus tepati, kalau tidak kita dikatakan tidak amanah. "manusia berpegang kepada janji". banyak jenis janji ni, ada temujanji, akujanji, perjanjian macam2 la. ada 2 janji aku nak sembang hari ni.
perjanjian pembinaan lebuhraya: aku sekolah tak la tinggi, tak dapat PhD pun. aku ingat pakcik yg sekolah atap pun mesti musykil. kompeni lebuhraya boleh naikkan tol sebanyak 10% setiap 3 tahun, kalau tidak kerajaan kena bayar sekian amaun. takkan tak ada org yg cerdik dlm kerajaan masa sain kontrak dulu. takkan tk baca klausa2 dlm kontrak. macamana kerajaan boleh diugut oleh sebuah kompeni yg ditubuhkan semata2 utk membina lebuhraya tu. setahu aku, kerajaan melantik sebuah kompeni utk membina lebuhraya dan kompeni tu boleh mengenakan tol dlm tempoh yg ditetapkan. dgn cara ini kerajaan dpt menggunakan wang yg sepatutnya digunakan utk membina lebuhraya utk tujuan lain. tapi yg aku nampak, bukan utk mengurangkan beban kerajaan tapi menambahkan lg. lepas tu macam tak serik2 tambah lg konsesi 15tahun. entah bila tamat aku pun tak tahu. yg ruginya kita, pembayar cukai naik tol kita kena bayar, tak naik tol pun kita kena bayar. yg untung kompeni yg buat lebuhraya, naik ke, tak naik ke dia tetap untung. bukan reti nak kesian. bukan dia org ni duduk kat atas langit sampai tak tahu betapa susahnya nak hidup sekrg. minyak naik, barang naik,ni dia nak naik harga tol la pulak.
bila dimintak utk tgk kontrak perjanjian tersebut tak boleh la pulak dah jadi rahsia kerajaan. la! pening kepala aku. kerajaan, rakyat lantik. bila kerajaan buat perjanjian rakyat tak boleh ambil tahu. macamana kita nak konpom tak ada penyelewengan semasa perjanjian. tapi harus diingat jangan tanya banyak2, kita dah sain akujanji.
janji politik : ada dlm berita satu kampung diendau hampir 20tahun tunggu elektrik bulan depan baru dapat. macamana jd camni. tak ada sales n marketing ke kat TNB. bukannya kau bg letrik free. kalau ada kawasan yg tak dapat elektrik pergi la pasang, tu satu peluang. takkan la nak tunggu masuk tv baru nak pasang. mana perginya wakil rakyat? tu elektrik, yg tak dapat bekalan air bersih entah berapa ramai lagi. yg peliknya, kat pulau boleh la pulak sediakan elektrik, kat endau kena tunggu 20tahun.
memang mudah berjanji, yang payahnya nak tunaikan janji. masa nak pinjam duit, manis mulut berjanji nak bayar. bila dah dapat duit, lupa la pulak hutang kawan. tapi pesan aku, janji kita yg terbesar harus kita tunaikan. kita menyebutnya setiap hari, jangan kita mungkiri : "sesungguhnya solatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALlah Tuhan Sekelian Alam" - doa iftitah.

Wednesday, September 07, 2005

Hujan Emas, Hujan Batu

sahabat aku menghantar satu email yg dipetik dari laman forum. email tersebut menceritakan kisah kehidupan diMalaysia berbanding dengan United Kingdom. penulis tersebut adalah seorang doktor (doktor perubatan), aku tak dapat nak pastikan identiti beliau.
dia mengambil banyak contoh berkenaan kos sara hidup diUK berbanding Mesia. contohnya, jika seorang itu bergaji 2,000 pound adalah sama nilainya dengan RM2,000. cuma yg membezakan ialah tukaran wang asing. kalau kita buat pertukaran mmg la 2,000 pound sama dengan RM14,000. tapi nilai sebenar adalah sama. yg berbeza adalah kos kehidupan diUK adalah lebih murah berbanding Mesia.
contohnya minyak petrol, diUK 1lit = 80pence iaitu 80sen, diMesia 1lit = RM1.62. untuk berkereta mewah diUK kita hanya perlu mengeluarkan belanja sebanyak 200pound utk kereta mercedes atau bmw secondhand. belanja dapur 20pound seminggu (rm20/seminggu) dimesia rm100/minggu pun belum tentu cukup. bil eletrik dan air masing2 20pound.
pendekata, duduk kat UK mmg murah berbanding dgn Mesia. yg paling menarik rakyat UK menerima terlalu byk subsidi, tak ada kerja kerajaan tanggung, masuk universiti kerajaan tanggung, pergi hospital kerajaan tanggung. kita kat sini subsidi RM7bil dah kecoh, petronas untung RM50bil diam diam je. aku pelik gak subsidi 7bil, tapi cukai minyak ambik jugak. bila ada kenaikan harga minyak adalah yg mengatakan minyak kita masih murah berbanding dgn negeri lain. tapi tak pernah banding dgn Brunei. kita orang melayu masih digula gulakan dgn cerita pembangunan dan kemajuan yg bakal dinikmati.aku dah hidup lebih 30tahun, kehidupan aku, mak aku, adik beradik aku, kawan2 aku masih lg sama. tak ada perubahan. yg berubah hanyalah harga barangan yang semakin naik, naik dan terus naik. gaji aku tetap sama....

Tuesday, September 06, 2005

WE'RE THE CHAMPIONS

semalam aku tgk berita ttg kemenangan anak2 kecil kita diPortugal, bangga aku tgk bila kebanyakkannya ada melayu. tak ramai anak melayu yg dapat mencipta nama dinegeri orang, terutama didlm bidang sukan. menyebut tentang sukan, kenapa kita sukan kita masih ditahap rendah? main bola hari2, tapi lawan dengan kemboja pun boleh kalah. apa sebab? mungkin bola ni bukan sukan tradisi kita, kalau main congkak ke, gasing, wau, konda kondi, galah panjang dll. kalau sukan ni termasuk dalam sukan sea atau olimpik, aku yakin ada dikalangan atlit melayu dpt menyumbang pingat emas. tapi sepak takraw sukan tradisi kita jugak, bila lawan dengan thailand kalah jugak.

selain sukan, orang melayu kita juga champion dlm bidang yg lain. contohnya, penagih dadah teramai, kandas dalam peperiksaan, terlibat dalam gejala sosial yg teramai, menerima rasuah teramai, banyak lagi kalau nk sebut. kalau nak cari yg terbilang dalam bidang teknologi, bisnes, pelajaran dsb, memang payah. kalau ada pun peratusannya terlalu kecil utk dibuat carta pai. yang berjaya pun kebanyakkannya tidak berada didlm negeri tapi diluar negeri. betullah peribahasa, "hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri".

yg aku nampak org melayu ni, masalahnya terletak dikepala otak kita sendiri. org melayu lebih berbangga dengan penyanyi daripada ilmuwan, kalau dlm paper tak kurang 5 mukasurat dikhaskan utk cerita pelakon dan penyanyi. semua benda nak diceritakan, penyanyi ni bercinta dengan datuk ni, pelakon tu berpisah dengan dia tu macam2 lg. nak salahkan paper tk boleh, sbb kalau tak ada org baca takkan dia nak tulis.

org melayu ni terlalu leka dengan hiburan, tapi lupa dengan tanggungjawab sebagai hamba Allah, tanggujawab kepada keluarga dan masyarakat, tanggungjawab terhadap diri sendiri. tak peka tentang apa yg berlaku didunia malah dinegeri sendiri. apa yg diambil tahu adalah kisah penyanyi jawa mawi.

ramai yg tak ambik tahu tentang ramai graduan yg menganggur, kalau ada pun mereka ni katakan malas dan memilih pekerjaan. masalahnya, kerja memang ada tapi hampir kesemua memerlukan pengalaman. macamana nak ada pengalaman kalau baru grad? yang ada pun kerja sebagai operator, bila dipohon dikatakan terlalu layak dan jawatan ini hanya untuk lepasan SPM. kenapa tak cuba bertani atau berkebun? macamana nak berkebun kalau berkelulusan sains komputer. elok nama universiti pertanian, ditukarkan ke putra. dari pertanian ditukarkan kepada teknologi. padahal kalau takde pertanian macamana nak makan. kita banyak import makanan dari luar sebab apa yang ada didlm negeri tk mengcukupi. makanan yang diimport dtg dari pelbagai negara, yg kebanyakannya bukan Islam. adakah kita yakin yg makanan tu suci, halal?

aku pergi bercuti ke cameron, mmg byk kebun2 sayur dan buah2an. malangnya semua dibolot oleh bukan melayu. dimana org melayu? hanya menjadi pelanggan. yang org melayu tahu, buat nasi lemak, kuih2, jahit baju.

najib ada kata yg dia mahukan melayu 'glokal', "dato seri, kita dah mencapai tahap tu lama dah!".

Friday, September 02, 2005

PELUKAN KASIH

aku malu bila tgk nenek tua tu peluk laki org. kalau kat dlm bilik hotel tu dh kira khalwat! bertambah pelik bila takde org komen pasal dia org ni berpeluk, tp sibuk nk tahu apa yg disembangkan sampai nenek tua menangis.

jangan terkejut lepas ni ramai anak melayu berpelukan dikhalayak ramai, sbb mereka dpt tgk contoh kat dalam media.
MERDEKA!
31 ogos 1957 tarikh keramat! tu lah yg selalu kita dengar kat radio, tv, paper dsb. merdeka! merdeka! merdeka! tiap2 tahun kita dengar. tapi satu soalan aku nk tanya, kita dah betul2 merdeka ke?

setiap tahun mesti ada konsert. penuh la anak2 , bapak2 dan mak2 kat dataran merdeka, klcc dan merata tempat lagi. yang aku peliknya kenapa mesti buat konsert? adakah merdeka tu maknanya malam kita berkonsert, siang kita berarak. aku tak nampak apa sumbangan konsert kepada hari merdeka.

dah 48 tahun merdeka, kita nasib baik sbb tk payah nk lawan british utk merdeka. ada jugak pahlawan2 melayu yg cuba, tp disebabkan raja2 yg penakut dan pentingkan diri sendiri termasuk lah politikus yg menghidu kuasa, jd pahlawan2 ni tk berjaya. bukan itu saja, mereka ni dinobatkan sebagai musuh british = musuh tanah melayu. tu la sbbnya budak2 sekrg tk kenal siapa dato maharajalela, siapa dato bahaman, mat kilau dsb. yg mereka kenal backstreet boys, linkin park, mawi.

MISKIN KE KAYA
48 tahun cukup lama! tp tgk bangsa melayu kat mana sekrg. brp % ada didlm kelompok berpendepatan tinggi? yg aku nampak ramai lg yg miskin malah ada yg terlalu miskin sampai tv3 dan ntv7 kena mintak bantuan utk mereka ni. kenapa jd mcm tu? adakah sbb kita lemah lembut? "tak pe la, cukup makan pun dah syukur", mcm tu ka? ada yg nk makan tk cukup, tp beranak sampai 9. salah sendiri ke salah org lain atau salah datuk nenek kita dulu sbb tk simpan harta utk anak cucu.

TINDIK PUSAT
yg kt bandar pulak, terlalu bebas. laki pompuan berpeluk. dia org ni tk malu, tp org yg tgk yg malu. bila tegur kita yg kena marah. ada yg tindik pusat, hidung, kening merata tempat la. yg pompuan pakai baju ketat2 dan singkat mungkin takde duit nk beli baju baru terpaksa guna baju yg lama (recycle), yg lelakinya dengan rambut berwarna warni, handphone yg terbaru dan termahal. aku pelik, mak bapak dia org ni tk ambik tahu ke? mana anak dia pergi, dgn sapa. atau org kat bandar ni terlalu sibuk dgn kerja sampai tk sempat nk ambik tahu ttg anak. aku masa budak2 dulu, nk keluar rumah kejap pn britau mak ke ayah aku. sampai sekrg aku dh beranak bini, kalau kemana2 aku beritahu mak aku.

SUBCON
aku pernah bersembang dgn bini aku masa on the way balik dari kerja. aku cakap kat dia, "kita sebenarnya dah 'subcon' kan tanggungjawab kita sebagai parents kepada baby sitter dan cikgu". dia setuju dgn aku.
kenapa? aku kerja dari 9 pg sampai 6 ptg, combine dgn jam sampai rumah lbh krg pukul 7. sampai rumah ambik anak2 aku dr babysitter. kalau aku tk letih aku layan la bebdk tu sampai pukul 10. pagi esok dia org sekolah, aku gi kerja. so satu hari aku dpt spend masa dgn anak aku 3 jam je. compare dgn babysitter aku dan cikgu yg ada dgn bebdk ni.
babysitter aku ajar mengaji, so anak2 aku pn since dok rumah dia join kelas ngaji. seingat aku, ada 3-4 kali aku ajar anak aku ngaju. skrg dia dh naik Quran. so secara tk langsung aku dh 'subcon' tanggungjawab aku , mendidik dan mengasuh anak2 aku ke babysitter. syukur aku dpt babysitter yg bagus, dia dh anggap anak2 aku cam famili dia. anak2 aku pn dh comfortable dgn dia & famili. bayangkan kpd babysitter yg betul2 carik makan.
parents mana yg tk naik angin kalau result periksa anak2 teruk! kita mula nk marah cikgu la, sekolah tk bagus la. tp pernah tk kita terfikir, brp jam kita spend masa utk mengajar anak2 kita matematik, sains, english, bahasa melayu?
ANJING

semalam aku terbaca dalam utusan mega, pegawai kastam melayu bekerja diunit anjing pengesan. dia kata "menurut ajaran Islam, haram memegang anjing jika tangan basah", aku tak mau komen tentang hukum sebab aku tak berapa pasti. mungkin dia betul mungkin dia salah. tapi aku ingat ustaz aku cakap, kalau sesuatu perbuatan tu mendatangkan keraguan lebih baik ditinggalkan.

ada seorang kawan aku bekerja dengan sebuah bank. dia was2 ttg hasil pendapatan dia sbb bank tu terlibat dgn riba'. so dia adakan mesyuwarah dgn brp2 ahli agama, dan kesimpulan dari perjumpaan tu ialah, adalah lebih baik utk kawan aku ni cari kerja lain tapi sebelum dpt kerja yg baru diharuskan bekerja disitu atas sebab ia akan memudaratkan sbb takde income. so kalau kerja bank pun tak boleh, ni la pulak volunteer kerja dgn anjing.

yg aku tahu kita boleh memelihara anjing utk memburu atau keselamatan. org melayu mmg cukup sensitif dgn anjing, tapi ramai jugak yg teguk air kepala anjing.

pengenalan

Assalamualaikum,

entah apa sebab aku nak start blogging. mungkin terikut ikut kerana terlalu banyak tengok blog. lagipun konsep blogging ni bagus jugak, sebab dia membina satu generasi yang kreatif dan berpengetahuan. banyak benda yang kita boleh belajar dari blogging.

tujuan sebenar blog ni, untuk mencerita, membicara dan disamping menasihat berkenaan perihal bangsa aku iaitu bangsa melayu. bangsa melayu yang kononnya takkan hilang didunia! so kepada sesiapa yang rasa nak contribute dengan comments adalah dipersilakan. tapi sebelum tu, sila gunakan bahasa yang baik dan sopan. orang melayu penuh dengan kesopanan.

aku pilih hari ini sebab semalam kita baru menyambut merdeka. so ada cerita sikit pasal sambutan tu yang aku akan sambung esok.

wassalam.