Saya Anti Rasuah!
kempen baru untuk pegawai polis yang dilancarkan semalam. hari ini seorang teman 'terpaksa menyuap' pegawai trafik setelah diugut untuk disaman atas nama ops sikap yang menyebabkan pesalah dikenakan kompaun maksimum dan diminta bayar serta merta.
kempen baru untuk pegawai polis yang dilancarkan semalam. hari ini seorang teman 'terpaksa menyuap' pegawai trafik setelah diugut untuk disaman atas nama ops sikap yang menyebabkan pesalah dikenakan kompaun maksimum dan diminta bayar serta merta.
perkara ini telah diulas panjang lebar oleh penulis2 veteran, betapa denda sedemikian akan menggalakkan rasuah. apa tidaknya dalam masa ops sikap ini, kelihatan pegawai trafik agak lebih agresif didalam 'mencari kesalahan'. aku pun kekadang berasa aneh, adakah jawatan pegawai trafik ini diadakan untuk mengeluarkan saman bagi menambah kewangan negara?
sudahlah kerajaan memperniagakan keperluan asas, dan menganggap rakyat sebagai pelanggan. sebagai contoh, tarif air hendak diselaraskan diseluruh negara. kenapa? betul tindakan ketua menteri pulau pinang membantah akta tersebut. aku kurang yakin tentang kebijakan akta tersebut. kenapa nak diselaraskan? adalah tidak adil bagi negeri yang sememangnya kos penyediaan air adalah murah. lagipun air adalah keperluan asas yang sepatutnya kerajaan mencari jalan untuk mengurangkan kos atau tidak dicaj langsung. bukannya mencari jalan untuk menaikkan tarif. tapi seperti biasa jika ada akta2 demikian pastinya ada satu tindakan drastik yang akan dilakukan, seperti memonopolikan urusan air oleh 1 syarikat yang pasti akan gagal.
pelik aku dengan bangsa melayu yang masih tak sedar lagi. bangsa melayu masih lagi diulit dengan mawi. setelah populariti siti agak menurun. melayu masih leka dan lalai, maka senanglah mereka yang berkepentingan menjalankan kerja2 laknat dengan menjahanamkan sumber asli yang sepatutnya dikongsi oleh rakyat.
hai! melayu! melayu!

<< Home