Wednesday, October 05, 2005

Bulan Puasa

selepas 11 bulan tak berpuasa, akhirnya kita berpuasa semula. banyak perkara yang berlaku dan akan berlaku ketika bulan puasa ni. bulan puasa ni adalah bulan yang paling istimewa! sebab didalam bulan ini sahajalah kita akan ternanti nanti azan waktu maghrib dan didalam bulan ini juga kita akan hafal jam berapa masuk waktu maghrib. disamping itu hanya dibulan ini, kita akan dapat melihat berbagai bagai juadah dijual. ada juadah yang tak pernah kita kenal dan rasa, ada yang kita kenal tapi rasa tak sama, macam macam lagi. kita juga dapat lihat betapa buasnya nafsu membeli makanan seolah olah untuk dimakan oleh 10 orang, walhal perutnya 1. terbazirlah yang selebihnya.
satu keistimewaan bulan puasa ini ialah kita mampu melakukan apa yang kita tidak mampu buat sebelum ini. contohnya, sembahyang terawih - walaupun sebelum ini agak liat untuk kesurau bersembahyang jemaah. bersahur - mungkin sekali seumur hidup kita bangun untuk bertahajud, tapi tak pernah sekali 'miss' sahur. mata - walaupun sebelum ini segala peluang melihat lurah atau skirt pendek tidak disia siakan, tapi tidak dibulan ini.
bagi aku bulan puasa ni adalah satu bulan pertukaran atau 'transition' atau hijrah (nanti 'confuse' pulak dengan tahun hijrah). dimana didalam bulan ini kita melakukan perukaran/berubah, proses perubahan yang mengambil masa 30 hari. berubah dari yang malas solat kepada rajin solat, berjimat ketika berbelanja, sering berpuasa sunat. berubah kepada pakaian yang menutup aurat, menjaga peradaban. mungkin bulan puasa yang lepas proses perubahan itu tidak berterusan kebulan bulan seterusnya, mari kita berazam bahawa tahun ini kita akan berubah untuk selama lamanya. bulan puasa ini akan menjadi titik tolak perubahan bagi diri kita dan sentiasa mempertingkatkan lagi kualiti dari masa ke semasa. InsyaALlah.
untuk menjadi melayu yang maju dan berdaya saing, kita perlu berani melakukan perubahan. jangan kita masih lagi dengan perangai mengikut orang tanpa usul periksa. perubahan harus dilakukan untuk kebaikan. untuk memajukan bangsa, kita perlu majukan diri kita sendiri terlebih dahulu. mulakan dengan bulan ramadhan ini untuk lakukan perubahan. mari kita keluar dari tempurung ini dan teroka alam baru!