Melayu Tidak Kehadapan
Melayu Tidak Kehadapan
Pada awalnya aku berhajat nak letak tajuk ‘Melayu Mundur’, tapi aku tukar kepada ‘Melayu Tidak Kehadapan’ agar dapat memberi implikasi positif. Kerana tajuk ‘melayu mundur’ nampak agak negatif. Kenapa agaknya melayu agak kurang kehadapan. Adakah disebabkan melayu itu layu? Persoalan ini sering ditanya, tapi hampir sekarang kita masih belum berjumpa dengan jawapan yang tepat.
Bagi pendapat aku, melayu tidak kehadapan adalah kerana sifat melayu itu sendiri. Bagaimana aku boleh berpendapat demikian? Apakah hipotesis yang aku ambil untuk mendapat konklusi tersebut. Jawapannya mudah. Lihat sahaja dimasjid2 atau disurau2, saf manakah yang aku penuh dahulu? Bagi yang sering kemasjid atau surau pasti akan tahu jawapannya. Pastinya saf yang terbelakang sekali. Dimanakah barisan yang pasti akan penuh ketika forum, persidangan atau mesyuarat PIBG dsbnya. Pastinya barisan yang terbelakang sekali.
Dan yang kebanyakan mereka itu adalah orang melayu! Kenapa tidak memenuhi saf atau barisan yang dihadapan? Aku pun tak tahu jawapannya. Adakah mereka tidak pernah mendengar hadis nabi yang bermaksud ‘jikalau engkau tahu habuan yang diterima oleh mereka yang duduk disaf paling hadapan, pastinya engkau akan berebut rebut!’ ini satu lagi masalah besar orang melayu, gagal mengambil peluang. Atau menyia2kan peluang keemasan.
Adakah melayu itu terlalu dungu untuk menilai emas. Adakah melayu itu terlalu mewah hidupnya?
Bagi aku jika melayu ingin maju kehadapan, pastikan saf2 hadapan dimasjid2 dan disurau2 dipenuhkan dahulu. Jika ini tidak berlaku, jangan harap kemajuan akan dicapai!