Monday, September 26, 2005

Hutang

kasihan kerajaan kerana terpaksa membayar berbilion ringgit kepada pemegang2 konsesi lebuhraya. bertambah kasihan apabila duit yang kerajaan guna adalah dari duit pembayar cukai seperti aku.

sejak PLUS dilahirkan banyak lagi lebuhraya selepasnya diwujudkan atau selepas penaiktarafan jalan persekutuan. konsepnya tetap sama, pihak syarikat membina lebuhraya secara percuma (percuma kepada kerajaan tidak kepada pengguna) dan diberikan hak untuk mengutip tol. dari sudut kewangan ia sangat menguntungkan kerana kerajaan tidak perlu mengeluarkan wang untuk membangunkan prasarana untuk rakyat. tetapi disub conkan kepada syarikat2 yang secara 'kebetulan' mempunyai hubungan dengan beberapa pemimpin atasan.

bertahun2 kerajaan mempertahankan syarikat2 ini. yang terbaru, menteri tua samy vellu mendedahkan yang kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk mempertahan kenaikan tol. dulu aku ikut saja apa yang menteri cakap, tapi selalu sangat kena tipu aku dah tak boleh terima. malangnya bangsa aku iaitu bangsa melayu sangat malu untuk bertanya. oleh kerana bangsa aku malu, biarlah aku mewakili bangsa yang pemalu ini untuk bertanya kepada kerajaan.

soalan 1 : kenapa pertahankan (defend orang putih kata) syarikat konsesi ni? apa kelebihan syarikat ini berbanding dengan rakyat?
soalan 2 : kerajaan membelanjakan berbilion ringgit, itu duit siapa? kerajaan dapat duit dari mana kalau tidak dari kami yang membayar cukai.
soalan 3 : kenapa kerajaan takut sangat dengan syarikat2 ni? mereka bayar gaji pegawai kerajaan ke?
soalan 4 : kenapa buat perjanjian yang berat sebelah?
soalan 5 : siapa yang lebih berkuasa kerajaan atau syarikat konsesi? kenapa tidak dibatalkan saja perjanjian asal? kerajaan boleh menarik balik royalti minyak sebuah negeri kenapa tidak tarik balik perjanjian dengan syarikat konsesi?

aku rasa 5 soalan ni dah cukup untuk pihak didalam kerajaan untuk menjawab. Pembangkang! oh tidak, ini soalan seorang marhain yang tidak lagi tahan dengan penindasan. jangan terlalu mudah melabel.