Monday, September 26, 2005

Tumpang tanya!

ada satu masalah yang teruk melanda orang melayu ialah malu bertanya. orang melayu ni memang bangsa yang pemalu. masa kena jajah dulu mereka malu nak lawan, mujurlah ada beberapa orang yang tak berapa malu menentang penjajahan. sifat malu ni memang ada kebaikan dan juga keburukan.

masa aku belajar, disekolah malah universiti. perkara yang jarang aku buat ialah bertanya. aku sendiri pun tak tahu kenapa, mungkin aku malu nak berdiri dihadapan orang ramai, atau aku takut dimalukan malu kerana soalan aku termasuk dalam kumpulan soalan2 bodoh. pelik, kalau tak tahu kenapa tak bertanya?

aku teringat kisah Nabi Ibrahim ketika kecil sering bertanya kepada ibubapanya. kenapa itu kenapa ini. memang lumrah kanak2 bila sampai suatu peringkat umur akan banyak bertanya. tapi apabila umur meningkat sifat ini berkurangan.

malangnya sifat malu bertanya bertukar apabila ia melibatkan persoalan agama. contohnya, bila beberapa gadis ditahan kerana terlibat dengan pertandingan ratu cantik, berebut2 orang bertanya kenapa? tak boleh ke? kenapa kena tangkap? salah ke masuk pertandingan ratu cantik? ada juga yang bertanya kenapa arak tu haram? berjudi haram juga ke?

tapi jarang aku dengar orang melayu bertanya, kenapa kena bersanding? kenapa potong rambut budak tu sikit je? (semasa adat memotong jambul) kenapa kena ada tepak sirih? kenapa kena merisik dan bertunang?

isu yang aku nak cerita ialah, orang melayu petah bertanya jika ia melibatkan hal2 agama terutama bila sesuatu hukum atau ibadat dirasakan menyusahkan dirinya. tapi orang melayu jarang nak bertanya tentang adat yang tak berfaedah, tentang pembangunan bangsa dan lain2. orang menghabiskan masa bertanya perkara yang nyata tertulis didalam Quran tetapi bisu dengan adat membazir.

akhir sekali orang melayu cukup malu untuk bertanya wakil rakyat tentang janji pilhanraya dulu.